Tuesday, November 11, 2008

Sabahan semakin hilang identiti diri – Reply to Dr. Jeffery Kitingan “Need to put interpretations right”.

Sabahan pada zaman ini berada dalam keadaan yang serba ‘kehilangan’. Pembangunan infrastructure dan kemudahan prasarana internet yang menjanjikan keseronokan kepada kaum remaja secara amnya, menjadi pemangkin kepada kehilangan identity warga Borneo. Internet yang tidak dapat dinafikan keistemewaannya, telah mewujudkan keadaan di mana remaja pada masa kini, sentiasa terdedah kepada kebudayaan global dan terkini. Lebih menyedihkan lagi dikalangan anak-anak muda ini, mereka lebih mengatahui kebudayaan dan sejerah orang luar berbanding dengan diri sendiri. Kehilangan identity bagi suatu bangsa adalah suatu perkera yang sangat mengaibkan. Ini sangat jelas dan dapat dilihat kesannya, contohnya, wujudnya sejumlah besar golongan yang tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.

Bagaimana ini semua berlaku? adakah ianya kesalahan ibu bapa? Bagaimana pula sekiranya ibubapa juga tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda? Atau, adakah kita warga Sabahan, “terlalu” mengangkat martabat bahasa asing? Bahasa inggris? Bahasa Melayu? Perlukah kita mengabaikan bahasa ibunda disebabkan kita bertutur dalam bahasa Malaysia di sekolah kita? Kerana pada akhirnya, bahasa inggris adalah lebih penting pada pasaran global. Mari kita sama-sama berkongsi fikiran.

Kehilangan ini tidak terhad kepada bahasa sahaja, malah telah menular sehingga seseorang itu terjabak dalam krisis diri. Pelajaran dan Agama tidak boleh dijadikan alasa bagi kita untuk melupakan budaya kita kerana kebudayaan kita boleh dilihat dari pelbagai sudut dan bergantung dengan tahap penilaian individu tertentu. Sekiranya Agama melarang, maka itu adalah wajar dituruti. Sabah bukan sahaja penuh dengan kebudayaannya yang asli dan juga ribuan sejarahnya sendiri yang masih belum terungkap.

Buat masa sekarang, kebanyakan kebudayaan kaum di Sabah masih dipraktikan tetapi lebih menjurus kepada pelancongan. Perbincangan ini adalah sebenarnya menerangkan siapakah identity diri kita dari sudut sejarah dan bukan kebudayaan. Krisi yang melanda Sabahan sebenarnya lebih dashyat dimana ianya telah mengakibatkan hak-hak dan martabat Sabahan dihakis.

Sebagai warga Sabah yang lahir di awal 80-an, dan mewarisi keistemewaan sebagai komunity yang terbesar di Sabah, dan menamatkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang kejuruteraan, saya amat bersyukur. Walaupun tidak berpeluang untuk belajar di luar Negara, belajar di Semananjung merupakan suatu pengalaman yang bermakna dan telah membuka mata terhadap identity diri kita dimata luar.
Siapakah Sabahan? Adakah kita masih menatap di atas pokok? Di dalam gua? Masih memburu untuk mencari makanan setiap hari? Terimalah, inilah tanggapan orang luar terhadap Sabahan pada masa lalu. Saya jamin, majority diantara kita yang telah melangkah jauh diseberang, pasti pernah dianggap sebagai “wild man”.
Apabila Sabahan bertutur dalam bahasa Melayu Sabah, non-Sabahan akan sedar dan mula ketawa, ada di antara mereka yang cuba meniru intonasi bahasa kita, ada yang serious untuk mengatahuinya, tetapi tidak kurangnya juga mereka yang mengejek-ejek. Kita warga Sabah, pastinya terasa apabila diperlaku sedemikian rupa tetapi syukur, sebab Sabahan mempunyai nilai tolerance yang tinggi. Malangnya, ada diantara Sabahan yang mengalami masalah bahasa dan budaya, terutamanya di Universiti, prestasi mereka menurun. Bukan disebabkan mereka ”bodoh” berbanding rakan-rakan sekelas tetapi kerana perbezaan bahasa yang pastinya merosakkan pemahaman mereka. Lebih teruk lagi apabila keyakinan pelajar itu semakin jatuh kerana kelemahan ini. Tidak semua pelajar Sabahan di Universiti/Kolej menguasi Bahasa inggris sebagai bahsa kedua dan hasilnya, ada Sabahan yang tewas dalam perjuangan mereka di peringkat tinggi. Mereka merupaka “elite” student di sekolah menengah, tetapi gugur dalam perjuangan.

Bangun Sabahan!! Mari kita bersatu dan maju sebagai suatu bangsa yang berdaya saing. Dengan itu, saya ingin mengulas beberapa perkera yang amat penting untuk mengambalikan indentiti diri kita.

Buku Teks Sejarah SPM/PMR yang di gunakan di sekolah tidak boleh diterima pakai 100% oleh system pendidikan di Sabah. Sabah sepatutnya berhak mendapat 1/3 daripada kandungan buku teks tersebut sesuai dengan perjanjian pembentukan kerajaan persekutuan dan juga untuk mengelakkan orang luar beranggapan salah terhadap Sabahan.

Buku Teks banyak memfaktakan tentang kesultanan di tanah Melayu, ketamadunan Islam (buku teks SPM), kebudayaan, wira-wira Melayu, pembentukan parti-parti Melayu, dan sedikit tentang pembentukan Malaysia dll. Ini adalah suatu bentuk “penjajahan minda yang halus” kerana kita Cuma mengatahui sedikit pasal sejarah pembentukan Sabah. Budak sekolah menghadapi krisis diri kerana “dipaksa” belajar sesuatu yang baru dan tidak ada kena mengena dengan kehidupan seorang warga Sabahan. Adakah disebabkan oleh kurangnya tulisa-tulisan sejarah menganai Sabah? Memang benar kita tidak mempunyi (setekat ni) sejarah seperti sejarah zaman penjajahan Portugal di Melaka tetapi kita mempunyi sejerah sendiri yang perlu diberitahu kepada anak-anak kita untuk memberikan mereka nilai diri.

Wira-wira seperti Mat Salleh dan Antunum ada dibincakngkan di dalam buku teks tetapi itu tidak mencukupi kerana masih ramai lagi wira atau lebih tepat, tokoh-tokoh sabah yang penting dalam pembentukan Sabah dan seharusnya diraikan oleh setiap Sabahan.
Contohnya Albert Kwok, Tun Fuad Donald Stephens, Datuk G.S Sundang, Datuk Peter Mojuntin,dll. Mereka adalah pejuang Sabah yang harus diingati setiap kali kita menyambut kemerdekaan. Sememang Tengku Abdul Rahman Putra Aj-Haj memainkan peranan dalam pembentukan Malaysia tetapi kita tidak boleh mengabaikan mereka, pejuang-pejuang Sabah yang telah berkorban untuk masa depan Sabah sebelum pengabungan kerajaan-kerajaan membentuk Persekutuan Malaysia. Ramai diantara kita adalah keturunan langsung dari datu dan nenek yang telah berkoraban dalam perang dunia kedua untuk membebaskan Sabah dari penjajahan Jepun. Kerajaan Australia juga telah mengiktiraf usaha-usaha pejuang-pejuang Sabah yang membantu tawanan perang Australia semasa perang dunia kedua.

Fakta-fakta ini juga gagal dimasukkan dalam buku teks sejarah. Ini adalah penting bagi meningkatkan keyakinan dan identity seseorang. Fakta-fakta lain separti “HeadHunter” juga perlu di ambil kira untuk memperkayakan lagi identiti diri. Wujudnya Monsopiad Culture Village adalah antara usaha-usaha golongan yang sedar akan mahalnya harga sejerah dan ianya mesti dipelihara.
Hari kemerdeakaan Negri Sabah dari tangan British semestinya perlu diingati dan di sambut secara besar. Hari pembentukan Kerajaan Persekutuan Malaysia adalah suatu perkara lain. Secara jujur, adalah tidak adil bagi kita, Sabahan untuk melaung “Merdeka” pada setiap 31 Ogos sambil melihat Tengku Abdul Rahman Putra Aj-Haj sebagai wira kita. Bagaimana dengan pejuang-pejuang Sabah? Contohnya, Albert Kwok yang terkorban dalam perjuangan menentang Jepun? Bagaimana pula dengan Tun Fuad Donald Stephens dan sahabat-sehabatnya? Atau datu dan nenek kita yang turut berjuang pada masa itu? Para dewasa memang masih jelas di ingatan mereka, tetapi bagaimana dengan golongan muda? Adakah mereka lengkap dengan ilmu sebelum melengkah ke luar Sabah? Oleh itu, perkera ini harus dipandang serious.

Maka untuk mengekalakan identity kita, langkah-langkah yang drastic dan wajar perlu diambil. Harga identity diri adalah mahal dan tidak semestinya menjaga martabat bangsa lain akan memastikan persepaduan di kalangan Sabahan. Sabah adalah suatu kerajaan berdaulat dan maruah Sabah perlu dijaga berserta kebudayaan-kebudayaannya. Suatu masa dahulu, kita di paksa belajar bahasa Melayu tetapi sekarang ternyata bahasa Inggris yang lebih penting dalam kemajuan Global. Perlukah mgabaikan bahasa ibunda semata-mata untuk memestikan persepaduan dengan Semananjung? Bukankan bertutur dalam bahasa inggris lebih menguntungkan Sabahan? Point di sini adalah, jangan sampai bahasa/identiti sendiri hancur semata-mata ingin menjaga persepaduan. Sabahan adalah terkenal dengan tolerance diri ini terbukti dimana kita dapat melihat lebih ramai sabahan dapat duduk semeja dengan kaum-kaum lain tampa mengira warna kulit, sleng bahasa dan juga agama.

Apa yang original tidak perlulah diubah sekiranya ianya betul. Contohnya, Keris yang terpacak mega di hadapan wisma kewangan boleh diganti dengan benda lain yang lebih bersifat “supportive” untuk identity negeri Sabah. Nama-nama yang sesuai untuk bangunan-bangunan di Sabah mestilah sesuai dengan identity Sabahan. Example, bangunan “teratai” boleh diganti dengan baggunan “rafflesia” Ini semua untuk menjaga identity Sabah dan untuk melahirkan sebuah Negeri yang kaya dengan identity sendiri. Bangunan-bangunan penting harusla dibina dengan mengambil kira kesenian rekabentuk tempatan.

Dengan ini, kita boleh mewujudkan keadaan yang adil dan bijak. Kesimpulannya, kita perlu memandang penjelasan yang diberi oleh YB. Dr. Jeffery Kitingan secara serious dan kita harus memainkan peranan masing-masing. Perpecahan dikalangan komunity akan mengakibatkan kerugian pada harga yang amat mahal, oleh itu, saya ingin melihat agar pemimpin tempatan sedar dan bersama-sama mencabar diri sendiri untuk memestikan hak-hak Sabahan terus terpelihara. Sabahan akan sentiasa memberi sokongan padu kepada kerajaan sekiranya kami dapat melihat tindakan yang diambil adalah betul demi kepentingan Sabah. Tidak perlulah kita diingati selalu bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia pada dasarnya dibentuk oleh tiga Kerajaan-kerajaan berdaulat iaitu Kerajaan Sabah, Kerajaan Serawak dan Kerajaan Kesatuan Negeri-Negeri Melayu (bersama-sama dengan kerajaan Singapore dan Brunei pada awalnya). Ini secara tidak langsung memberi kita hak 1/3 daripada kandungan Buku Teks Sejarah supaya indentity kita tidak akan hilang.

Pada masa kini, ramai Sabahan yang telah mendapat pendidikan tinggi di University dan dengan adanya Universiti Malaysia Sabah yang serba canggih, maka pengeluaran graduan dalam bidang professional haruslah diberi tumpuan. Untuk memestikan mereka tidak "terpaksa" meninggal kan Sabah kerana kurangnya peluang pekerjaan professional, kerajaan atau lebih tepat lagi Pemimpin-pemimpin Sabahan seharusnya berusaha keras untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Menyentuh isu pembinaan Kimanis yang memerlukan perbelanjaan 3 Bil ringgit, ia adalah suatu perkara serious. Pemimpin-pemimpin Sabahan tidak kira dari segi pemahaman politik, sepatutnya bersatu padu untuk menyelasaikan masalah ini. Jika sekiranya Industry Petroleum dan Gas ini dibangunkan, ia menafaatkan sumber semula jadi yang seharusnya dinikmati oleh Sabahan. Ini secara tidak langsung member peluang pekerjaan professional kepada Sabahan. Kelebihan ini akan membawa Sabah kepada negeri industry dan bukan bergantung semata-mata dengan bidang perlancongan. Secara langsung dan tidak langsung, Oil and Gas Industry di negeri ini adalah wajib. Pendapatan yang pastinya lumayan hasil daripada industry ini boleh dilihat sebagai suatu kuasa suntikan ekonomi kepada Sabahan sekiranya ia diusahakan dengan adil dan saksama sama seperti jiran kita di Miri,Serawak dimana ramai graduan Sarawakian dapat kembali ke kampong asal untuk bekerja sedangkan rata-rata Sabahan terpaksa hidup berjauhan dengan keluarga kerana kurangnya peluang pekerjaan professional yang ditawarkan. Ada diantara graduan Sabahan yang terpaksa menukar bidang pekerjaan mereka semata-mata kerana ingin membantu keluarga yang serba kekurangan. Contohnya, dari bidang kejuruteraan kepada bidang perguruan.

Kesimpulannya, isi kandungan buku Teks Sejarah sekolah, harus dikaji bersama dan mestila halus dan adil. Selain itu, pemimpin-pemimpin Sabah tampa mengira perbezaan politik, mesti bersatupadu menyelasaikan masalah dengan mengambil kira kepentingan generasi depan warga Sabah. Industri Gas dan Minyak Mentah adalh wajib bagi kerajaan Sabah. Sekiranya kerajaan Persekutuan tidak dapat melihat ini sebagai suatu yang akan memberi benefit kepada Sabahan, maka kerjaan itu gagal menjalankan tanggung jawab sebagai "rakan kongsi" yang diharap oleh Sabahan. Bukan melawan kerajaan persekutuan, tetapi to "Fight for Sabahan", bukan membenci Melayu, Cina, India, tetapi mencintai community Sabah, bukan meminta-minta atau melebih-lebih seperti apa yang dikatakan oleh media "barat", tetapi berjuang untuk memestikan bangsa Sabahan sentiasa maju kehadapan dalam perlumbaan global, walaupun diperburuk oleh media, Sabahan mesti berani tampil kehadapan untuk membela bangsa dan tanah air, bukan bersifat perkauman melainkan bersifat professional dan tolerance.

Sekian.

Sabah terus Maju.

Voice of Sabahan
voiceofsabahan@hotmail.com
visit: www.sabahforum.com

ps: i am sorry because i don't have English version of this letter.

3 comments:

Unknown said...

salute la ini penulis. kalau semua pemimpin kita berfikiran macam ini penulis, saya rasa, mesti masalah mengangguran di negeri kita dapat dikurangkan. mm.. pasal pelajar kita yang belajar tinggi-tinggi tu, yang terpaksa tukar bidang tu, saya rasa itu ndak jadi masalah. masalahnya sekarang, orang malaya juga tukar bidang masuk bidang perguruan lepas tu mengajar di sabah, masuk pedalaman,mengajar sembarangan, elaun macam gaji sebulan. alasan, susah hidup di pedalaman. kenapa orang kita yang biasa hidup di pedalaman, mempunyai kelayakan, yang ndak kisah pasal elaun pedalaman ndak diberi peluang? buktinya.. kita lihat sahaja di sekolah-sekolah kerajaan, berapa ramai guru malaya yang mengajar disana. kita pergi lihat ke agensi-agensi kerajaan, berapa ramaikah staf malayanya. bukannya bersifat perkauman, cuma mahukan keadilan. rasanya hak sabahan bagaikan sudah dirampas orang seberang.

dadieoo7 said...

Wadhuh-wadhuh pak...bisa panas jughak nie isu...tapi apa-apa pun...kita ndak perlu pikir lagi pasal tu sebab dorang semua tu ndak pun mau dengar bah apa kita cakap...baik lagi kita pikir bagaimana mau hidup selesa untuk kita anak beranak..lambat laun dorang orang seberang tu balik juga di semenanjung tu..korang cuba tinguk nie laman..
www.kaedahhebat.blogspot.com

bikin sakit kepala dan bikin cepat tua bah semua tu masalah...nanti election akan datang, ko pikir la sendiri,kio tobpinai.
www.pengiranoo7.blogspot.com

Zack said...

hey i stumbled upon this blog today and realized what I have been missing out. I am Sabahan and damn proud to be one. Residing in WM since Jan this year. It's a joy when I meet a fellow Sabahan in this shit hole.. though both are Chinese it seems automatic that we'll just speak in sabahan malay.

I am impressed with the content of the article. It's really really good. Politicians in Sabah HAS to HAVE a mindset like that. We have to protect what is rightfully ours and not just be contented with the current development projects that's going on Sabah.

Real Estate prices are sky high and our monthly salary in general is not able to cope with the increasing high cost of living in Sabah.

We all need to make a stand to fight for a petition of minimum wages.

Apart from all that peeps.. Always Be Proud To Be A Sabahan Wherever You Are. Not To Be Shameful Even An Ounce To Speak Our Sabahan Malay. Biarlah mereka tanya adakah kita orang indon. Sebab dengan bangganya kita akan balas.. Tidak .. Saya orang SABAH!!